Aku sebagai pengguna FB cukup suka tengok status-status dan isu troll yang berlaku kat negara ni.
Contohnya isu straw:
•••••••••••••••••••••••••••
Sesetengah media akan jadi kaki spin untuk isu yang datang dari mulut Pak Menteri.
Tapi kadang-kadang pak menteri pun ada yang tersalah approach rakyat… pun terkeluar dari mulut dia sendiri.
Objektif pengharaman straw ni memang baik, tapi disebabkan media berjaya spin, terus jadi satu propa.
Pak menteri kena bijak bila nak gunakan sesuatu perkataan waktu press release.
“Penggunaan straw akan diharamkan dan digantikan dengan straw yang biodegradable”
Wahai pak menteri,
Next time try approachment yang macam ni pula:
“Penggunaan straw yang ada sekarang akan digantikan dengan straw biodegradable yang lebih selamat untuk keluarga anda”
Jangan sebut perkataan “diharamkan” tu pak menteri.
Kenapa pula?
Orang Malaysia ni cukup suka pada sangkaan pertama, tanpa benefit yang datang selepasnya.
Media yang jenis kaki spin ni memang suka jadikan isu macam ni sebagai satu budaya (untuk lariskan jualan) dari dulu lagi… tapi pak menteri pulak kalau dah salah approach, tak dapek den nak nolong.
Sebab stigma rakyat terhadap pak menteri tak pernah berubah:
“Pak Menteri mestilah tergolong di kalangan orang yang bijak… kalau tak bijak camne boleh jadi menteri”
Kata-kata media memang akan dibaca oleh rakyat, tapi kata-kata pak menteri terus masuk dalam kepala rakyat.
Teringat pulak pada satu isu troll sorang lagi Pak Menteri yang berikan idea untuk nelayan tanam nanas di belakang rumah.
Tak tau betul atau tidak, tapi kalau betul memang pelik. Sejak bila nanas boleh hidup di kawasan pasir pantai?
Betul.
Akhir zaman ni kebanyakan berita akan mempunyai unsur fitnah untuk dapatkan publisiti.
Kita pulak jangan terus terima propa macam ni mentah-mentah…
Cuma bila dah jadi isu troll, gelak jelah… dah jadi hiburan socmed!
Leave a Reply