Dulu sekitar tahun 2005, aku merupakan orang yang sangat janggal bila lihat perkataan hosting… domain… bandwidth dan DNS. Kalau nampak je perkataan tu, aku buat derk sebab tak pernah terlintas nak amik tau makna perkataan tu.
Dunia aku waktu tu adalah berniaga nasi putih + asam pedas. Yang aku hafal waktu tu, harga sayur… jenis sayur.. harga ikan.. jenis ikan… siang ikan… melapah daging. Lain dari tu, aku tak amik port.
Sampailah satu ketika, bisnes yang dibangunkan terpaksa di tutup atas sebab yang tak dapat dielakkan. Bila dah tak bekerja, duduk di rumah… mulalah cari info cara buat duit dari rumah.
Jumpalah bermacam-macam perkataan pelik. Tapi untungnya waktu tu aku ada orang yang boleh aku ajukan soalan. Adik aku sendiri… that time dia belajar kat UTM Skudai.
Usaha Sendiri Sampai Dapat
Tanya dia 1 soalan, dapat 1 jawapan. Dari jawapan tu, aku cari lagi 9 info yang berkaitan sampailah jadi 10. Bila dah lengkap apa yang aku nak tau, then aku tanya lagi adik aku. Itupun tunggu dia balik dari UTM waktu hujung minggu atau cuti semester.
Iyalah,
Abang dia ni buta kayu sket… langsung tak tau apa-apa pasal internet. So nak tak nak kenalah terima dan dengar soalan bodoh yang keluar.
Kemudian bila dah nampak asas laman blog dan asas laman web, aku mula nampak cara buat duit kalau aku jadi hosting provider.
Ibarat bila kita ada satu phone… yang ada monitor… yang ada keypad… dan ada bateri. Yang takde adalah nama phone (BRAND) dan juga STORAGE dalam phone tu.
Siapa nak brand sendiri (DOMAIN sendiri), boleh beli dengan aku. Kemudian siapa yang nak storage dalam phone, pun boleh beli dengan aku (HOSTING DISC SPACE).
Tapi nak run bisnes hosting ni bukan sket modal yang kena keluar. Dan pengetahuan yang kena ada pun bukanlah calang-calang. Dari segi server, network, support, site up time dan IP management, semua kena perfect.
Last-last aku jadi pengguna jelah. Aku belajar buat blog dan web lepas tu beli hosting dan domain sendiri. Walaupun ada kos yang terlibat, tapi nak belajar punya pasal, beli jugak.
Hosting Luar Negara
First hosting yang aku beli ialah Dreamhost. Hosting oversea ni adik aku yang rekomen. Bukan murah, USD119.00 setahun tau…. most of then specs are unlimited. Termasuklah add on domains.
Lama jugak aku gunakan Dreamhost ni… dalam 5 tahun. Tapi disebabkan hosting Dreamhost ni menggunakan konsep Direct Admin, so aku tak berpeluang untuk belajar dari asas menggunakan CPANEL.
Nak dijadikan cerita satu hari tu ada masalah dengan blog aku. Apa yang aku perlu buat ialah kena hantar email ke support team diaorang. Kemudian tunggu reply within 24 hours.
Hosting Tempatan
Dari situ, aku rasa macam “tak puas” bila guna email. Bukanlah disebabkan Dreamhost tu tak bagus, tapi aku rasa dah sampai masanya aku gunakan hosting tempatan yang aku BOLEH CALL untuk belajar bila ada yang tak faham. Nak call Dreamhost kat US tu mak aiihhh… bukan kecil bil telefon yang kena bayar nanti.
Bila dah ada hosting tempatan, aku rasa LEGA betul sebab apa saja soalan yang aku tak faham, aku akan call support untuk tanya sendiri.
Aku akan tanya SAMPAI PUAS apa yang aku tak faham. Sampai aku dah hafal most of the staff yang angkat telefon tu.
Nama seperti Shakir, Rashid, Mior, Arif, Mizi, Hanif, Amin dan Aizat tak asing lagi bagi aku. Kalau bahagian payment pulak, Naza.
Company hosting ni cukup staff yang rajin bantu aku setiap kali aku call.
Sebenarnya lagi lama aku belajar pasal hosting ni, lagi banyak yang aku dapat.
Sampailah aku berjumpa dengan owner JomHosting waktu tu, Wanmus. Dari kisah blog sampailah ke hosting, tu semua kisah yang takkan hilang sampai bila-bila.
Kemudian aku tanya lagi dia selok belok bisnes hosting ni. Macam mana dia bermula… apa dugaan dan obstacle sampai dia dapat set up hosting company sendiri.
Dipendekkan cerita, bisnes hosting ni taklah “sesedap” seperti yang aku sangka sebelum ni, melainkan kalau kita dah ada “team” dan mampu corakkan semuanya based by department accordingly… and profesionally.
Bisnes hosting bukanlah bisnes untuk oke man show. Bidang “support” dan “maintain” adalah NADI.
Kalau tak boleh tahan sabar dengan masalah teknikal dan masalah customer, jangan duduk dalam bisnes ni sebab masalah atau isu server boleh berlaku bila-bila masa saja.
Sabar, Sabar dan Sabar
Pagi raya, pada hari kematian, waktu kita bersanding… masalah akan datang tak kira masa. Bila website customer down, mulalah diaorang mengamuk… marah… tak kurang juga yang maki hamun. Itu adalah asam garam perniagaan hosting, standard.
Ikut pada pengalaman aku, kalau sesebuah syarikat hosting tu mempunyai SUPPORT DEPARTMENT yang mantap, then barulah dia boleh sustain dalam this industry sebab ada orang yang expert untuk handle situasi.
Kalau support team boleh terima ON CALL request, then itu dah terlebih bagus. Not 100% settle down by email.
Bila aku boleh terus call untuk support, itu akan membuatkan aku untuk jadikan company diaorang sebagai AWESOME. Kadang-kadang isunya kecil je… boleh disettlekan melalui panggilan telefon. Tak perlu nak email segala bagai.
Apa pun, adalah menjadi SATU BONUS kepada pihak syarikat kalau staff support diaorang BOLEH JAWAB dan beri penjelasan kepada semua permasalah yang sedang berlaku dengan pantas. Bukan setakat staff yang “kumpul aduan” customer lepas tu amik masa berhari untuk settlekan.
Kira aku beruntunglah sekarang sebab dapat guna local hosting yang menepati kehendak dan keperluan aku dari segi support. Harga pun not bad… sangat berpatutan.
Korang nak tau ke nama company hosting yang aku maksudkan ni?
Kalau nak.. nanti aku akan share pasal tu. Cuma sekarang ni aku nak cerita pengalaman bila aku mula nak “CUT COST” hosting.
Life Time Hosting
Rasa nak pakai LIFE TIME HOSTING ni muncul bila aku mula rasa terdapat LIMITATION untuk add on domain dalam hosting yang dah ada.
Walaupun dah tau yang MUSTAHIL mana-mana syarikat mampu bertahan untuk support sepanjang zaman dengan sekali bayar, tapi niat nak mencuba tu memang ada…
Jadi aku pun carilah promosi untuk hosting yang paling jimat (tak sampailah ke tahap free hosting).
Finally, terjumpa satu hosting yang tawarkan LIFE TIME HOSTING. Maknanya bayar SEKALI je.. lepas tu tak payah bayar lagi.
Memang menarik laaa… siapa tak nak kan?
Dari bayar tiap-tiap tahun, baik bayar sekali je. Jimat banyak tu bukan sket.
Then bermulalah pengalaman menggunapakai life time hosting pada tahun 2010.
So far so good… takde masalah. Laju pun laju, masa tu rasa cukup berbaloi. Nama hosting tu HOSTLUCK. Memang betul-betul LUCK aku.
Then aku pun share pada member blogger lain. Ramai jugak yang apply…
Waktu tu baru teringat cerita yang Wanmus share tentang kos dan selok belok bisnes hosting. Manalah ada bisnes yang bayar sekali tapi guna banyak kali.. ya tak?
Staff nak kena bayar gaji… kos overhead elektrik pun kena bayar… sewa ruang server pun sama. Then bila web customer ada masalah, siapa nak handle? Takde orang yang nak kerja FREE…
Sampai sekarang HOSTLUCK ni macam duduk dalam gua… gelap je.
Sebab apa?
Sebab promosi yang “too good to be true” ni secara logiknya memang aku sendiri tak boleh nak hadam lagi. Diri sendiri dah pernah terkena.
Sedangkan REAL HOSTING COMPANY pun struggle dengan recurring payment/subscriptions/monthly/anually dari customer dan client diaorang, inikan pulak boleh bayar sekali pakai selamanya.
Kat mana rasional one time fee untuk life time hosting ni nak disandarkan?
1 bulan, 2 bulan… 6 bulan…?
Atau 1 tahun?
Apa akan jadi lepas 3 tahun… 5 tahun…?
Mampu ke diaorang bertahan?
Kalau this type of business model can bring profit, dari dulu lagi aku nak invest.
Cari customer bayar untuk bayar subscription. Cari sales setiap hari… then duduk diam goyang kaki. Modal sekali tanpa perlu fikir support dan kos yang lain.
Jadi betul ke semua life time hosting ni tak boleh pakai?
Aku tak kata semua.
Aku just share pengalaman sendiri je. Kalau untuk aku bagi nasihat, boleh takde masalah.
Mungkin dulu salah aku jugak sebab “tak nampak” implikasi dan kesan yang mungkin akan wujud. Berbanding dengan paid hosting biasa, semua masih lagi wujud dan bertambah mantap servis + support yang diberikan.
Ingat,
Aku just berkongsi pengalaman. Kalau kalian ada peluang untuk subscribe lifetime hosting, just use it wisely.
Kesimpulannya, jadilah seorang pengguna yang bijak. Sebab di akhirnya nanti, kita boleh elakkan masalah yang mungkin membuatkan masa yang kita dah invest lebur begitu je.
Leave a Reply