Alhamdulillah,
Akhirnya tercapai juga hasrat hati untuk memulakan projek yang tak seberapa ni.

Projek Aku Benci Gemuk ni merupakan satu projek yang objektifnya mudah, iaitu menurunkan berat badan tanpa melibatkan KOS YANG TINGGI.

Apa yang ada di dalam rumah dan juga di persekitaran, itulah yang aku gunakan.

Kalau dengan membasuh kereta setiap hari boleh buatkan aku berpeluh, tiap hari aku akan basuh kereta… lebih kurang macam tulah maksudnya.

Bukan semua orang mampu bayar personal instructor dan bukan semua orang ada duit untuk beli produk diet yang MAHAL di pasaran.

KONSEP PROJEK

Konsep projek ni lebih kepada “journal” which aku sendiri akan rekodkan segala aktiviti dan rutin harian tak kira dalam bentuk gambar dan juga video.

Aku catat, aku rekod, aku dokumentasikan sebagai blueprint aku sendiri.

Kalau ada info yang dikongsi kat blog ni pun, hanyalah setakat report mingguan dan perbezaan berat dari masa ke semasa.

Maaf kalau aku tak reveal journal tu dalam blog ni secara in details… sebab khuatir kalau projek ni tak menjadi, aku terpaksa berdepan dengan 3 risiko di bawah:

1. Aku akan menjadi mangsa troll oleh pengguna Facebook.

2. Aku akan dibash oleh pengguna internet di Malaysia atas alasan “hangat-hangat taik ayam”.

3. Aku mungkin dapat malu besar, sebab kalau projek ni memerlukan aku untuk tayang badan aku yang berlemak ni, maka aku akan buat. Walhal selama ni aku cukup malu nak tayang part-part sensitif tu.

Disebabkan projek ini jugalah aku terpaksa menjadikan diri sendiri sebagai “bahan ujikaji”… huhu.

Tapi kalau ditakdirkan blueprint ni ada NILAI untuk di komersialkan selepas misi projek ni tamat, mungkin aku akan pertimbangkan semula sebab macam yang aku nyatakan di atas… dalam journal tu ada gambar bentuk badan aku untuk kategori “sebelum-selepas” (still dalam zone tutup aurat ya, bukan telanjang).

IDEA YANG TIMBUL

Secara peribadi, idea untuk buat projek ni datang lepas hari raya haji kelmarin. Cuma pada waktu tu takdelah terfikir untuk sampai ke tahap journal ni. Malah plan asal pun bukanlah hendak diwar-warkan pada umum.

Tapi memandangkan blog ni pun kebetulan baru nak dihidupkan, so kenapa tidak aku gunakan platform blog sendiri… kan?

MISI DAN VISI

Terus terang, misi aku sebenarnya nak dapatkan berat 65kg (berat sekarang 85kg). Maknanya total berat yang akan diturunkan lebih kurang dalam 20kg.

Aku tak tetapkan secara spesifik bila boleh achieve berat 65kg tu, cuma dalam kepala ni ada juga terbayang angka 60 hari (2 bulan).

NO RUSH.

Sebab ni bukannya rancangan reality show. Tapi apa pun, aku tak naklah ambil masa sampai berbulan-bulan lamanya. Simple.

Visi aku untuk projek ni pun mudah.

Aku nak kesihatan aku berada pada tahap yang maksimum. Buat pengetahuan semua, aku ada kencing manis.

Dan kencing manis ni membuatkan aku stress jugak… ditambah lagi dengan berat badan sendiri yang memang aku cukup benci.

Aku tak nak penyakit kencing manis menyusahkan sesiapa pun termasuklah isteri, mak ayah, adik beradik sendiri. Sebab kita ni bila dah jatuh sakit, secara tak langsung kita akan melibatkan semua orang yang kita sayang dalam hidup kita.

So selagi ada pilihan untuk dapatkan tubuh badan yang sihat, aku nak grab peluang tu… sementara peluang itu masih ada.

Telah datang 3 perkara dalam hidup kita… dan salah satunya, “sihat sebelum sakit…”.

Walaupun aku belum mencapai tahap obes, tapi berat aku still dalam kategori GEMUK selepas dikira BMI. Akhir sekali, aku rasa projek ini dapat aku laksanakan dengan istiqomah.

Aku juga harap misi ni MAMPU untuk mengubah persepsi mereka yang gemuk bahawa tidak terlambat untuk kita semua bermula. Doakan aku dan doakan sekali rakan lain yang nak dapatkan kesihatan demi keluarga yang tercinta.

Jika kalian telahpun subscribe INFO PERCUMA PROJEK AKU BENCI GEMUK DI SINI, kalian akan dapat email KHAS mengenai perkembangan aku secara PRIVATE. TAHNIAH!!!

p/s: aku tak sombong. jadi sepanjang projek ini berlangsung, aku terima segala bentuk SPONSORSHIP yang dirasakan SESUAI tanpa sebarang unsur MANIPULASI dan DISKRIMINASI. jauh sekali PREJUDIS. hubungi aku untuk perbincangan lanjut.